Petaling Jaya: Selebriti popular, Didie Alias menasihatkan
pasangan yang bercerai supaya tidak membuka aib masing-masing sehingga ke akhir
hayat.
Baca juga: "Fattah bijak, kaum
lelaki ambil pengajaran" - Shamsul Ghau Ghau
Didie yang pernah berdepan perceraian berkata, setiap
perpisahan perlu didepani dengan tabah dan tidak saling memburukkan antara satu
sama lain.
"Perpisahan itu sakit, bahagia itu indah. Apabila
terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesama hingga ke akhir ayat.
"Manis ditelan, pahit pun ditelan. Baru darjat kita
diangkat sangat tinggi dan dipandang mulia, kita sudah janji dengan
Allah," tulisnya menerusi Instagram Story.
Didie mendirikan rumah tangga dengan bekas pemain bola sepak
Negeri Sembilan, Norisham Ismail pada 8 Mei 2009.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak
lelaki, Dayyan yang kini berusia 10 tahun.
Sebelum itu, Didie turut mempunyai lima orang anak hasil
perkahwinan dengan bekas suami selama 11 tahun yang juga pelakon, Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Nor Dhaniyah, 31; Mohd Dhanial, 30; Nur Dinie, 28; Nur Dayini, 26; dan
Nur Diyana, 25.
Kredit: Harian Metro
0 Comments