Kuala Lumpur: Bintang veteran, Datuk Fauziah Nawi, 71, memaklumkan dirinya mempunyai kelayakan untuk memberikan komen terhadap persembahan Kid Search yang bermain gitar mengiringi nyanyian Datuk M Nasir dalam Konsert Cipta 2, Sabtu lalu.
Baca juga: Kembali ke Ipoh setelah 50 tahun, Fauziah Nawi sebak imbas kenangan tempat lahir dan membesar
Baca juga: Netizen lancarkan kempen selamatkan guru dipenjara kerana tegur anak polis
Baca juga: Que Haidar,Linda Jasmine sah cerai
"Saya dulu pernah menyanyi. Selain itu saya didedahkan dengan muzik, adik saya pemuzik klasikal, sepupu dulu pemain gitar di Istana Budaya. Lagipun dahulunya saya juruhebah di RTM.
"Jadi sememangnya saya didedahkan dengan pelbagai jenis
muzik. Takkanlah saya tak pandai bercakap bab ini. Yang saya luahkan itu adalah
apa yang saya rasa.
"Saya memang tak pandai muzik pun, tak tahu baca not dan
tak tahu main alat muzik, tapi saya tahu kalau orang itu bagus," katanya
Terdahulu, artis versatil ini meninggalkan komen memuji
kehebatan Kid di laman seorang pencipta digital berkenaan perkara terbabit.
"Solo gitar Kid sangat 'clean', jujur dan pada masa sama
menggigit jiwa hingga rasa kepedihan dan kesedihan," tulisnya.
Fauziah berkata, dia dapat merasai malam itu, sedapnya
petikan gitar Kid sehinggakan dia terasa seperti ingin menangis mendengarnya.
"Saya kenal dia dari zaman dia kanak-kanak. Bapanya pun
kawan saya. Bapanya memang hebat jadi kalau mereka (Noordin dan Kid) hebat, tak
menghairankan.
"Macam malam itu dia main memang dari hatinya. Saya
boleh rasa dan meremang bulu roma. Memang hebatlah. Saya terserempak dengan Kid
dekat terowong menuju bilik persalinan.
"Saya pun dah lama tak jumpa dia. Sekali dia datang
tegur saya, saya pula beritahu saya datang sebab saya minat Datuk M Nasir.
Kemudian sambil berjalan saya tanya anak saya siapa dia. Jawabnya itu Kid. Ya
Allah dia ingat saya lagi," katanya.
Menurutnya, dia suka dan menghargai bakat seperti Kid kerana
skil permainan gitarnya baik.
"M Nasir juga bagus apabila menjemput kawan-kawan
menonton konsertnya. Bukan kerana saya puji sebab dapat tiket percuma.
"Saya memang nak beli tiket tapi Datin Marlia Musa
berikan percuma. Saya kenal Marlia ketika dia masih kecil. Dia pun panggil saya
auntie. Arwah bapanya kawan saya," katanya.
Kid atau Hamzah Mohd Taib ditampilkan menerusi lagu Fantasia
Bulan Madu dan Isabella yang menaikkan nama Search kepada peminat industri
muzik tanah air.
Dia turut beraksi menerusi lagu Tiara yang dipopularkan oleh
kumpulan Kris.
Petikan gitar Kid yang hebat dan bertenaga ternyata memukau
semua yang hadir sehingga memberikan tepukan berterusan terhadap
persembahannya.
0 Comments