Pelakon Que Haidar mengesahkan dia dan Linda Jasmine telah
sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Baca juga: ‘Saya dah tak sekuat dulu' - Selepas sakit lemah jantung Ebby Yus diserang pula penyakit lain
Baca juga: "Khemah biru" sudah tiada lagi di Port Dickson, pengunjung bebas menggunakan pantai awam
Masih kekal hubungan baik
Tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca pencerainnya,
Que Haidar atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memaklumkan dia
dan bekas isteri masih mengekalkan hubungan baik.
“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa
yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.
“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon filem Rock Oo! itu turut memilih untuk
merahsiakan berita penceraian itu kerana berpendapat tiada keperluan untuk
menghebohkan perkara demikian.
“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut
dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk
diuar-uarkan.
“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi
kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. Ia merupakan kata
sepakat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Que turut memaklumkan kedua-dua anaknya
menerima berita penceraian itu dengan baik.
“Anak-anak juga terima dengan matang.
“Doa yang baik-baik. Kami (Que dan Linda) masih sokong sesama
sendiri,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah
tangga pada bulan Februari 2009 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata
iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.
Kredit: Astrogempak
0 Comments