Sejak kebelakangan ini, banyak kes penceraian yang berlaku
dalam kalangan selebriti di Malaysia. Setelah mendengar beberapa berita pelakon
Azhar Sulaiman meluahkan dia menjadi bimbang dan takut.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Azhar
berkata dia juga turut bersedih apabila mendengar beberapa rakan selebriti
telah berpisah dengan pasangan mereka.
Tahun 2024 merupakan tahun yang buruk kepada ramai pasangan
selebriti yang telah berpisah. Rasa sedih dan takut mula menyakat minda Behar.
Dalam hantaran tersebut, Azhar juga turut berkongsi gambarnya
bersama isteri dan tiga orang anaknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan
kesejahteraan rumah tangga Azhar dan isteri.
Untuk makluman, Azhar telah mendirikan rumah tangga bersama
isteri, Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995. Hasil perkahwinan itu,
mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, Andika Rees
Pahamin dan Kasih Iris Leona.
Kredit: OhMedia
0 Comments