Perkongsian Pak Mat Western menjadi perhatian apabila
berkongsi mesej dengan Fattah Amin menolak komisen yang sepatutnya diterimanya
dan memilih untuk menyalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Terbaru, Pak Mat Western berkongsikan infak Fattah Amin akan
diberikan kepada masjid yang terpilih. Menerusi hantaran itu, pihak memalumkan
menerima banyak panggilan untuk meminta bantuan.
Bagaimanapun, pihak Pak Mat Western telah membuat keputusan
untuk mengagihkan infak Fattah kepada masjid yang akan bertanggungjawab
menyalurkan sumbangan itu kepada golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut
kariah.
“Senarai masjid untuk infak Fattah Amin telah dikeluarkan.
Sejak dari semalam, berderu call masuk dan DM dari orang ramai minta
pertolongan.
“Kami berbincang ambil langkah beri kepada masjid dan masjid
akan edar buat golongan asnaf dan ibu tunggal mengikut kariah.
“Duit komisen tak masuk 1 sen dalam poket Pak Mat ya. Yang
komen, memang nak kena cili mulut,” tulisnya.
Terdahulu, Fattah berjaya menjual hampir 10,000 set kambing
perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok.
Kredit: Rotikaya
0 Comments