PETALING JAYA – Pelakon Diana Danielle berharap golongan
suami berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan rumah tangga dan bukannya
dilakukan di mahkamah pada hari perceraian.
Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 33,
berkata, golongan isteri mahu melihat kesungguhan tersebut sepanjang tempoh
perkahwinan.
“Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika
sudah berada di pintu mahkamah.
“Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak
usaha,” katanya dalam Instagram.
Katanya, usaha untuk menyelamatkan perkahwinan perlu
dilakukan sejak awal dan jangan dibiarkan melarat sehingga isteri tawar hati
“Kalau nak, peliharalah sejak awal, bukan bila sudah tak
boleh diselamatkan.
“Selepas itu salahkan wanita yang sudah tidak mampu untuk
memaafkan,” ujarnya.
Dalam masa sama, bintang filem Imaginur itu juga meminta
orang ramai tidak mengaitkan dirinya dan suami, Farid Kamil dengan kisah
perceraian orang lain.
“Tolong jangan harap setiap orang mengikut cara individu
lain. Harap berhenti kaitkan isu orang lain dengan saya dan suami.
“Setiap orang mempunyai mempunyai masalah sendiri untuk
diuruskan. Kami pun masih dalam fasa mencari titik keserasian dalam ‘alam
baru’.
“Sangat mencabar dan rujuk bukan untuk semua orang,” ujarnya
lagi.
Menerusi perkongsian tersebut, Diana turut memuat tangkap
layar sebuah artikel bertajuk ‘Suami perlu contohi usaha Farid Kamil dalam
pertahankan rumah tangga – Netizen’.
Sebelum ini, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada
10 Ogos secara atas talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos lalu.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan
dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments