Satu kali putus tunang, dua kali cerai - Erra Fazira dipuji tak pernah dedah aib pasangan

Satu kali putus tunang, dua kali cerai - Erra Fazira dipuji tak pernah dedah aib pasangan


Meskipun pernah gagal dalam rumah tangga dan putus tunang, pelakon Erra Fazira dipuji netizen kerana tidak pernah mendedahkan aib bekas pasangannya.


Baca juga: "Gelaran duda 'Hot', saya anggap itu pujian" - Hisyam Hamid

 

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu berkata dia tidak pernah mendengar Erra membuka aib lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya.

 

“Bagusnya dia, pernah sekali putus tunang, dua kali mengalami kegagalan rumah tangga. Tetapi tak pernah sekali pun dengar dia buka aib lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya. Baik bekas tunang mahu pun bekas suami,” tulisnya.

 


Perkongsian individu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju serta menyifatkan Erra wanita yang ‘high class’ serta matang.




Erra pernah berkahwin kali pertama dengan Yusri KRU pada tahun 2003. Namun perkahwinan tersebut berakhir setelah Yusry menceraikan Erra dengan talak satu pada tahun 2006. 




Kemudian pada tahun 2007, perkahwinan kedua Erra bersama Engku Emran telah dikurniai seorang anak perempuan bernama Aleesya. Perkahwinan tersebut turut musnah setelah menjejak usia tujuh tahun. 




Sebelum berkahwin,  Erra pernah bertunang dengan Awie pada tahun 1997 tetapi  putus ditengah jalan. 


Sungguhpun telah bercerai, Erra masih menjaga hubungan baik dengan ayah kepada anaknya,  Engku Emran. Erra juga tidak kekok bekerja bersama bekas suaminya Yusry dan masih berkawan baik dengan bekas tunang, Awie.




Post a Comment

0 Comments