KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui
seboleh-bolehnya enggan mengulas persoalan berkaitan bekas suaminya, Aliff
Aziz.
Baca juga: Tam Spider tak puas hati, anaknya dibuli "senior" sekolah
Baca juga: Jenama pasang badan Zul Arifin, paling menjadi tumpuan jamtangan Audemars Piguet Royal Oak
Baca juga: "Saya tidak teragak-agak akan saman, kenyataan tersebut melampau" - Datin Intan Najuwa
Diajukan persoalan sama ada Aliff pernah menghubungi untuk
bercakap dengan dua cahaya matanya, Bella berkata, dia tidak pernah
berkomunikasi dengan Aliff sejak bercerai pada 13 Jun lalu.
"Sebenarnya, saya sudah tak mahu ulas isu Aliff. Sejak
bercerai, tiada satu mesej atau panggilan daripadanya.
"Tapi, saya tiada masalah dan tidak pertikaikan. Saya
juga tak marah kerana lebih baik keadaan begini.
"Namun, saya tak tahu tiga sehingga empat tahun akan
datang macam mana. Buat masa sekarang, inilah jalan yang terbaik.
"Sebab saya seorang yang lembut hati dan tidak
bersedia," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran lagu terbaharunya,
Tapi Bukan Denganmu di Aurum Theatre, The Exchange, di sini, petang tadi.
Bella mengakui, dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean dan Ara
Adreanna dalam keadaan baik meskipun tidak bercakap dengan bapa mereka.
"Saya tak tahu dan enggan ambil tahu perkembangan Aliff.
"Alhamdulillah anak-anak juga tidak mencari. Sebenarnya,
saya lagi takut anak fikir bukan-bukan kerana mereka sedang fokus belajar.
"Saya nak membantu diri saya untuk 'heal', jadi saya
tidak intip dan tak tahu apa-apa perkembangan mengenai Aliff dan keluarganya.
Saya hanya mendoakan yang terbaik buat Aliff dan keluarga.
"Jujurnya, saya memang setuju dengan tindakan sekarang.
Saya boleh menjalani kehidupan lebih baik," katanya.
Mengulas lanjut, Bella mengakui dirinya lebih tenang dan
fokus pada kerjaya sebagai anak seni dan ibu kepada dua cahaya mata.
"Saya lebih tenang, Alhamdulillah. Saya gembira Aliff
ada kehidupan dan tak pernah mendoakan yang tidak baik.
"Kita pun manusia, kita sendiri nak minta orang doakan
yang terbaik, jadi lebih baik saya mendoakan yang terbaik. Semoga saya pun
boleh menjalani kehidupan lebih baik dengan anak-anak.
"Nak 'move on' tak senang sebab hubungan kami selama 12
tahun, tapi saya percaya lambat laun pasti saya boleh lupakan. Mungkin tak
mudah, tapi dengan adanya anak-anak dan keluarga, saya percaya masa akan
mengubat segala-galanya," katanya.
Sementara itu, Bella tampil dengan Tapi Bukan Denganmu
ciptaan dan terbitan komposer popular, Sharon Paul.
Bella berkata, lagu itu adalah karya yang cukup dekat di
hatinya kerana lirik ditulis sendiri.
"la begitu istimewa, apatah lagi, saya bekerjasama
dengan Sharon Paul, seseorang yang sudah banyak pengalaman dalam bidang
muzik," katanya.
Lebih istimewa, lagu itu juga menampilkan video muzik arahan
Bella sendiri.
"Saya nak lagu ini 'sampai' ke hati dan dapat diterima
dengan baik. Semoga apa yang terbuku dalam lagu ini dapat menyentuh emosi
pendengar, mudahan mampu menjadi lagu galau," katanya.
Kredit: Berita Harian
0 Comments