Pempengaruh media sosial, Ira Kazar akui sudah biasa menjadi mangsa kecaman netizen.
Dah biasa jadi mangsa kecaman
Enggan mempedulikan perkara itu, Ira atau nama sebenarnya
Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, berkata, netizen bertindak sedemikian kerana
tidak tahu cerita sebenar dan hanya berpandukan info-info di media sosial
semata-mata.
“Tidak mengapa saya dah biasa kena kecam. Sebenarnya bagi
saya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media
sosial.
“Mereka tak tahu perkara sebenar. Tidak mengapa itu terpulang
apa orang nak cakap,” katanya.
Ira berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hi Tea With
Anthon’s Leather di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor pada petang Selasa.
Sedih bila bapa turut jadi mangsa
Bagaimanapun kata Ira, dia hanya terkesan apabila bapanya
iaitu pelakon Kazar Saisi menjadi sasaran netizen.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila
orang berkata buruk tentang ayah saya sangat terkesan.
“Sedih jugalah dengan perkara itu tapi Alhamdulillah ayah pun
sekarang dah okay,” ujarnya.
Bakal keluarkan single
Dalam perkembangan lain, Ira bakal mengeluarkan single
terbaharu berjudul Tak Kisah tidak lama lagi.
Kata Ira, lagu itu dibuat kerana dia sudah tidak peduli
dengan perkara-perkara negatif yang berlaku pada dirinya.
“Saya bakal keluarkan single tak lama lagi berjudul Tak
Kisah. Insya-Allah bulan depan akan rakamkan muzik video.
“Tak Kisah sebab lantaklah dengan apa orang nak kata,”
ujarnya. Untuk rekod, Ira dan Syamsul berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di
Selatan Thailand dan pasangan itu dilaporkan mendaftarkan perkahwinan mereka di
Perlis pada 20 Januari 2023.
Syamsul juga sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon
Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan bercerai pada 14 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu
Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.
Perkahwinan Ira dengan Syamsul tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk info, majlis Hi Tea With Anthon’s Leather diadakan bagi
mempamerkan koleksi beg tangan kulit terbaharu daripada usahawan Datuk Seri
Aliff Syukri.
Malah, jenama beg mendapat sambutan ramai selepas dilaporkan sudah terjual sebanyak 500,000 unit.
Kredit: AstroGempak
0 Comments