Pelakon Datin Intan Najuwa tidak teragak -agak mengambil
tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya pernah mengeluarkan
kenyataan menutup aurat tidak menjanjikan syurga baru-baru ini.
Baca juga: Tam Spider tak puas hati, anaknya dibuli "senior" sekolah
Kecewa dengan perkara tersebut, Intan atau Intan Najuwa Abdul
Wahid, 27, menegaskan dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu selain
meminta pihak terbabit menurunkan artikel tersebut.
“Saya tidak pernah menyebut perkataan ini. Kepada mereka yang
menerbitkan artikel ini dan mengheret nama saya sila hentikannya!
“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana ini bukan
sahaja menjejaskan reputasi tetapi turut menyentuh sensitiviti agama,” katanya
dalam TikTok semalam.
Dalam masa sama, dia memberi amaran kepada mana-mana pihak
agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan konten milik individu lain khususnya
dalam media sosial.
“Saya juga telah membuat senarai beberapa individu yang
melemparkan komen negatif.
“Kepada individu lain, baca dan fahami terlebih dahulu
sebelum mempercayai sesuatu perkara. Saya tahu anda lebih bijak daripada itu.
“Bagaimana kalian boleh percaya dengan cerita tidak berasas
seperti itu tanpa sebarang bukti dan kemudian menyerang saya?” ujarnya.
Terdahulu, tular artikel pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu
mengeluarkan kenyataan yang menggunakan tajuk ‘Menutup aurat tak semestinya
dijanjikan ganjaran syurga – Intan Najuwa’.
Difahamkan, kenyataan tersebut diputar belit sehingga mengundang pelbagai komen negatif daripada netizen.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments