SERING ditinggalkan suami kerana bermadu, personaliti
media sosial Aisyah Hijanah mempunyai cara tersendiri menjaga hati daripada
terus bersedih.
Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26, berkata dia kini
belajar untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengutamakan
kebahagiaan suaminya, Alif Teega.
"Bila hati kita attach kepada suami, memang kita akan
sakit bila kita nampak dia keluar, lagi-lagi kita tahu tujuan dia.
"Tetapi, bila
kita kurangkan sikit sayang kita dan reset hati kita. Sayang Allah dulu, sayang
diri dulu baru suami, barulah kita akan okay sedikit," katanya menerusi
hantaran di Instagram.
Meskipun sukar meninggalkan orang tersayang, Aisyah percaya
perasan cinta terlalu dalam terhadap manusia hanya memakan diri sendiri
sehingga ada yang sanggup bertindak luar kawalan.
Justeru itu, dia menasihati orang ramai agar menjaga hubungan
dengan Tuhan berbanding fokus terhadap cinta manusia yang tidak berkekalan.
"Rugilah, kalau hancur untuk manusia. Allah bagi kita
akal yang sihat, wajah yang cantik, tubuh yang sihat, last-last kita hancur
kerana manusia.
"Memang susah, sebenarnya orang yang kita sayang
bukannya istimewa sangat pun, tetapi ‘cinta’ yang kita bagi terlalu besar
sehingga kita nampak dia istimewa.
"Yang patut kita dahulukan dan fokus adalah hubungan dengan Allah. Fokus perbetulkan balik hubungan dengan Allah," ujarnya.
Rata-rata netizen terharu dengan perkongsian Aisyah yang begitu ikhlas menerima takdir hidup.
Sebelum ini, Aisyah menededahkan sudah memfailkan cerai
terhadap Alif namun hubungan pasangan itu dilihat kembali pulih.
Untuk rekod, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazlif Mohd Hazani
mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.
Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu
Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif dan Safiyyah Hijanah.
Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat
kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand Ketika Aisyah sedang sarat
mengandung.
Kredit: MStar
0 Comments