‘Tak kisah orang nak kata Yamani dan Zaki Klon saya sebab memang anak-anak saya’ – Jamal Abdillah

‘Tak kisah orang nak kata Yamani dan Zaki Klon saya sebab memang anak-anak saya’ – Jamal Abdillah

 


Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak mengenai dua anaknya iaitu Yamani Abdillah dan Zaki Yamani yang dikatakan tidak mempunyai identiti yang tersendiri kerana menyanyi seperti lenggok suaranya.

 

‘Tak ada masalah’




Walau bagaimanapun, pemilik nama Jamal Ubaidillah Haji Mohd Ali berpendapat bahawa perkara itu bukanlah satu isu yang besar kerana bakat seni yang ada padanya sudah tentu akan mengalir dalam diri dua anaknya itu.

 

Tak ada masalah suara kedengaran sama, sudah nama pun anak dan bapa.

 

Macam Osama Yamani, kalau menyanyi memang sebiji dengar seperti suara. Zaki pula semakin dewasa, semakin bertambah sama dengan saya.

 

Sebenarnya mereka tak boleh nak lari sebab kami bapa dan anak. Kalau tengok Allahyarham Saleem dan anaknya, Syafiq Farhain pun begitu, memang akan ‘bunyi’ sama juga.

 

Jamal berkongsi perkara tersebut ketika sidang media Konsert Amal Night of Love & Compassion yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, baru-baru ini.

 

‘Klon Jamal Abdillah’?




Tambah pelantun lagu ‘Gadis Melayu’ itu, dia juga tidak kisah jika ada pihak yang menggelarkan dua anaknya itu sebagai ‘klon Jamal Abdillah’.

 

Tak mengapa orang nak cakap mereka klon saya sebab memang anak-beranak.

 

Saya tidak melihat mereka berdua menumpang populariti saya pun.

 

Cuma, mereka perlu fikirlah sampai bila hendak jadi pengikut, pastinya mereka juga ada haluan yang mahu dicapai.

 

Namun begitu, Jamal memaklumkan bahawa dia tetap mahu Yamani dan Zaki untuk mencari identiti tersendiri sebagai seorang penyanyi untuk melebarkan sayap mereka dalam industri hiburan tanah air.

 

Mahu atau tidak, mereka juga pula perlu mencari kreativiti dan inisiatif untuk mengalirkan nyanyian dengan cara tersendiri.

 

Tapi itulah, lari macam mana pun, ‘bunyi’ nyanyian ayah mereka pasti akan ada.

 

 Kredit: Ohbulan





Post a Comment

0 Comments