"Takkan dia curang, pemalu budak Fattah ni" - Keena Wahab

"Takkan dia curang, pemalu budak Fattah ni" - Keena Wahab

 


PETALING JAYA – Penyanyi, Keena Wahab mencuri perhatian ramai apabila menggelar pelakon popular, Fattah Amin sebagai ‘budak skema’ melalui hantaran di Facebook miliknya baru-baru ini.


Baca juga: "Fattah bijak, kaum lelaki ambil pengajaran" - Shamsul Ghau Ghau

Baca juga: "Perpisahan memang sakit, jika bahagia kecapilah sebaiknya nikmat itu - Didie Alias

Baca juga: Tak sensitif, menangguk di air keruh - pengurus Fazura

Baca juga: Netizen panas, Sherry doakan Fattah Amin

Baca juga: (TERKINI) Emma Maembong sahkan sudah bercerai

 

Dalam hantaran tersebut, Keena yang juga merupakan bekas peserta program Mentor, berkongsi pengalaman awalnya bekerja bersama Fattah dalam drama Hello Mr. Perfect.

 


“Pada awalnya, saya tidak mengenali siapa Fattah, namun selepas beberapa projek bersama seperti Siapa Dia, Bodyguard, dan Cik Siti, saya mengakui Fattah sebagai seorang yang pendiam dan hanya melakukan hal sendiri di set.

 

“Dia lebih suka duduk bersama kru dan tidak terlibat dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti ‘merewang’ atau bergaul bebas,” katanya.

 

Keena turut menekankan bahawa Fattah bukan jenis yang mudah terlibat dalam kontroversi atau isu hubungan, walaupun mempunyai ramai peminat wanita.

 

“Lepas habis beberapa drama, dia sibuk menjadi duta jenama. Dia bukan jenis suka bermain cinta walaupun peminat wanita sangat ramai tetapi dia bukan jenis yang melayan. Jadi kamu percaya dia curang?,” ujar Keena.

 

Bukan itu sahaja, dia turut menegaskan bahawa Fattah seorang yang pemalu, pemurah, dan tidak ‘lokek’ (kedekut) untuk belanja kru produksi.

 

Dia juga memuji Fattah sebagai individu yang menghormati orang di sekelilingnya, termasuk dirinya yang lebih tua tiga tahun.

 

“Fattah datang dari keluarga yang baik-baik. Dia bukan jenis yang suka bercerita tentang hal orang di set.

 

“Dia tak pernah mengumpat atau berkata buruk tentang orang lain di bibir. Kamu nilailah sendiri Fattah ini jenis macam mana,” jelasnya.

 

Menurut Keeda, dia menggelar Fattah sebagai ‘budak skema’ kerana sikapnya yang sentiasa menghormati orang, menunduk apabila bersalaman, dan sentiasa tersenyum.

 

Sementara itu, dia turut memuji didikan keluarga Fattah yang sangat terserlah dalam sikap dan peribadi Fattah.

 

Dalam hantaran tersebut, Keena juga menyatakan sokongannya terhadap Fattah dalam industri seni dan menggalakkannya untuk terus maju. 


Kredit: KOSMO! ONLINE






Post a Comment

0 Comments