Tetamu di sebuah majlis perkahwinan hanya mampu menggelengkan
kepala mereka selepas melihat persembahan mengejutkan daripada beberapa penari
gelek di atas pelamin.
Dalam satu hantaran di TikTok, Lini Shuhada berkongsi tangkap
layar beberapa orang penari sedang membuat persembahan.
“Penari gelek di atas pelamin buat para isteri
overthinking.”- Tulisnya.
@linishuhada belly dancing at a malay wedding. 🤯 unique? yes. appropriate? not so sure. #contentonly #foryourentertainment #hanyahiburansemata #majliskahwin ♬ original sound - linishuhada
Disebabkan itu, dia tekad tak benarkan pasangannya pergi ke
majlis perkahwinan sendirian lagi. Lini turut berpendapat, persembahan sebegitu
tidak sesuai untuk majlis perkahwinan Melayu.
Tarian gelek di majlis perkahwinan Melayu. Unik? Ya. Sesuai?
Tidak pasti.- Tulisnya di ruangan kapsyen.
Walaupun video penuh majlis tersebut tidak dikongsikan Lini,
ia kemudian ditemui dan dimuat naik semula di platform X. Video tersebut
menunjukkan penari gelek menari di hadapan pelamin, ditonton oleh tetamu
majlis.
Ramai tetamu wanita, terutamanya yang lebih berusia, jelas
kurang senang dan hanya menggeleng kepala melihat tarian itu. Ada juga yang
menutup mata kanak-kanak dan mengarahkan suaminya untuk berhenti melihat.
“Allahuakbar, jangan tengok. Abang, dah, jangan tengok.”-
Kata salah seorang tetamu wanita.
Namun, tetamu lelaki pula kelihatan seronok, siap merakam video dan menari bersama. Difahamkan, individu yang memuat naik video asal di TikTok telah memadam rakaman tersebut daripada akaunnya.
Kredit: Ohmedia
0 Comments