Datuk Fazley Yaakob, penyanyi dan cef selebriti dalam satu
temubual sebelum ini menjawab berkenaan isu penyondol dalam rumah tangga.
Katanya, kehadiran orang ketiga ini adalah atas pilihan individu yang terlibat
itu sendiri.
Gangguan itu biasa tapi kita boleh memilih untuk buat apa
dengan gangguan yang datang. Pilihan itu ada pada kita. Kalau kita nak
diganggu, kita benarkan gangguan, itu adalah pilihan. Tetapi jangan kita letak
ketepi memang ada rumah tangga yang bermasalah.
Tidak semua penyondol
itu bersalah dan tidak semua yang disondol itu juga bersalah kerana dalam rumah
tangga ada elemen-elemen yang tidak diceritakan pada orang luar.
Jadi mungkin apabila memilih untuk mencari insan ketiga,
mencari kebahagiaan, pada saya adalah penting untuk kita faham situasi tersebut
secara menyeluruh sebelum menyalahkan penyondol, yang disondol atau pun
menyalahkan isteri atau suami dalam keterlibatan masalah rumah tangga tersebut.
Menyingkap perjalanan perkahwinan..
Datuk Fazley turut menasihatkan pasangan suami isteri agar
sentiasa mengingati saat-saat indah ketika mula-mula bertemu.
Kalau yang sudah ada anak, yang sudah berkahwin lama,
ingatkan tempoh percintaan pertama kenapa kita jatuh cinta dengan pasangan
kita.- Ujarnya.
Beliau berpendapat bahawa perasaan bosan dan permasalahan
dalam perkahwinan adalah perkara biasa. Namun, mencari titik persamaan yang
wujud sewaktu tempoh bercinta dahulu mampu menyelamatkan hubungan.
Setiap pasangan ada kelemahan… tetapi kalau kita dapat cari satu titik persamaan yang pernah wujud satu ketika dulu, insya-Allah percintaan, perkahwinan hubungan itu kekal walaupun ada gangguan, katanya.
Kredit: Astrogempak, Ohmedia
0 Comments