Tiga kanak-kanak lelaki berusia 12 hingga 14 tahun ditahan rogol berkumpulan

Tiga kanak-kanak lelaki berusia 12 hingga 14 tahun ditahan rogol berkumpulan

 


Tawau: Polis menahan tiga budak lelaki kerana disyaki merogol seorang kanak-kanak secara berkumpulan, Khamis lalu.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, tiga suspek masing-masing berusia 12 hingga 14 tahun yang juga kenalan mangsa ditahan di sekitar daerah ini, kira-kira 5.40 petang, Jumaat lalu.

 

Beliau berkata, penahanan dibuat susulan laporan dibuat ibu mangsa mengenai kejadian rogol menimpa anak perempuannya berusia 12 tahun.

 

"Kejadian rogol itu berlaku kira-kira 9 malam Khamis lalu di kawasan kebun berhampiran sebuah kampung dekat sini.

 

"Ketiga-tiga suspek terbabit yang tidak bersekolah itu adalah kenalan dan tinggal sekampung dengan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Champin berkata, seorang daripada suspek itu tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

 

"Semua suspek ditahan reman selama lima hari sehingga 2 Oktober depan untuk siasatan lanjut.

 

"Kes masing-masing disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan, Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.


Kredit: Kosmo




Post a Comment

0 Comments