Salah satu pusat rawatan Islam berkongsi bagaimana mereka
telah diminta oleh seorang bos kilang ‘non-muslim’, yang berbangsa Cina, untuk
membantu menghilangkan gangguan makhluk halus di sekitar kawasan kilang.
Sebuah perkongsian menarik yang tular di TikTok, Pusat
Rawatan Nur Zikir mendapat perhatian ramai apabila seorang majikan bukan Islam
memilih ‘ritual pembersihan’ dengan menggunakan kaedah Islam, termasuk
melaungkan azan di penjuru-penjuru parkir kilang tersebut.
Permintaan ini dilakukan selepas pelbagai usaha sebelumnya
oleh pihak kilang gagal menghentikan gangguan yang dikatakan melibatkan kelibat
seorang nenek tua berambut panjang.
Menurut video yang dimuat naik oleh Pusat Rawatan Nur Zikir,
gangguan di kilang itu sudah lama berlaku, menyebabkan keresahan kepada para
pekerja.
Bos kilang, seorang lelaki Cina yang bukan beragama Islam,
akhirnya mengambil keputusan untuk mendapatkan bantuan pusat rawatan Islam
selepas gagal mencari penyelesaian melalui cara-cara lain.Dalam video tersebut,
kelihatan beberapa perawat dari Pusat Rawatan Nur Zikir sedang melaungkan azan
di kawasan parkir kilang.
Laungan azan yang berkumandang dari setiap penjuru kilang itu
bukan sahaja bertujuan menghalau makhluk halus, tetapi juga untuk memagar
kawasan tersebut.
Menurut pihak pusat rawatan, selepas pembersihan dilakukan,
gangguan itu beransur hilang.
Malah, bos kilang turut berpuas hati dengan hasilnya meminta
agar pusat rawatan itu melakukan pemagaran di beberapa lagi lokasi kilangnya
yang lain.
Perkongsian video ini menerima pelbagai reaksi daripada
pengguna TikTok, yang ramai memuji usaha tersebut.
VIDEO:
@borak_viralofficial Ganas sangat nenek tu, semua tok bomoh dia tak takut. Bos Cina terpaksa panggil perawat Islam. Artikel penuh klik link di bio dan layari borakviral.life #kisahjalanandotcom#tiktokviralvideos #trend #trending #viral #viraltiktok #berita #beritaterkini ♬ Haunted Echoes - DPereira
Pengguna lain turut berkongsi pengalaman serupa, di mana tempat kerja mereka yang diketuai oleh individu ‘non-muslim’ juga menggunakan khidmat ustaz atau pusat rawatan Islam untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus.
Kredit: Vocket
0 Comments