PETALING JAYA – Segelintir lelaki meluahkan rasa cemburu
dengan pelakon lelaki popular, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd.
Amin yang laku keras semenjak berstatus duda.
Baca juga: Ambil je la duda aku tu..aku sedakah - Cik Epal beri respond padu pada penyondol
Sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial
memperlihatkan ramai wanita teruja melihat Fattah yang sedang berjalan di atas
karpet merah pada sebuah majlis baru-baru ini.
Klip video itu juga menunjukkan, rata-rata wanita yang hadir
tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama artis pujaan mereka itu.
Hantaran tersebut telah meraih perasaan cemburu daripada
pengguna media sosial lelaki yang melihat keterujaan para wanita ketika bertemu
Fattah.
“Nampak teman wanita kawan aku duduk jerit Fattah Amin dekat
situ, kalau kawan aku tahu mesti dia ‘fattah’ hati,” komen Syah.
@demirakyatchannel Sejak Fattah Amin Dah Duda, Bukan Main Semua Gadis-Gadis Ya #CapCut #fattahamin #cerai #duda #hotdaddy #artismalaysia #gadis #awek ♬ 운명 - Why
“Kami sudah tidak penting lagi lepas ada Fattah Amin,” tulis
Nazhan.
“Lama sangat mereka ni memendam perasaan. Sekali Fattah dah
solo, ambik kau. Tak terlayan. Fattah pun risau tengok,” ujar Eiqa Daharie.
“Duda paling handsome dan mahal setakat ini,” puji Yatt Mohd.
– KOSMO! ONLINE
0 Comments