Pemenang trofi Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang
Popular ke-36, Khiari Jamaluddin atau lebih mesra dipanggil KJ telah menunaikan
janji dengan menjamu para pengundinya di Restoran Nasi lemak Saleha, Ampang.
Bekas Menteri Kesihatan itu juga turut beramah mesra dengan
peminatnya yang menghadiri restoran itu sejak pukul 7 pagi untuk menebus nasi
lemak yang dijanjikan. Kru Hotfm sempat berterima kasih kepada pengundi kerana
mengundi KJ sebagai penyampai radio popular.
Lebih 500 pengunjung telah meriahkan acara berkenaan dan
mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Dj radio Hotfm. Trofi ABPBH 36,
turut dipamerkan supaya peminat boleh melihat dari dekat trofi kemenangan
tersebut.
KJ telah menewaskan penyampai radio yang lebih berpengalaman iaitu Tyzo, Haiza, Dj Sonic dan
Sharifah Shahirah.
VIDEO:
0 Comments