POLIS kini mengesan seorang wanita selepas video seorang lelaki merakam gambar seluar dalamnya di sebuah kondominium dekat Jalan Wadi Hana, Johor Bahru tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan,
Superintendan Lim Jit Huey berkata, pihaknya mengesan video tersebut di laman
X, pagi tadi.
Beliau berkata, siasatan mendapati laporan mengenai kejadian
telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun, pada pukul 6.58
petang, hari Isnin.
“Bagaimanapun, setakat ini tiada mangsa yang tampil membuat
laporan berhubung kejadian.
“Usaha mengesan mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu
kenyataan hari ini.
Kes akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline
IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.
Kredit: UtusanTV
0 Comments