Walau patah tangan Rayyan tetap semangat temani ibunya, Rita Rudaini di ABPBH

Walau patah tangan Rayyan tetap semangat temani ibunya, Rita Rudaini di ABPBH


SHAH ALAM: Barisan artis popular tanah air mula membanjiri karpet merah malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-36, di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Wisma MBSA, Shah Alam, di sini, mulai jam 8 malam.

 

Meraih perhatian adalah pelakon, Rita Rudaini yang hadir bersama dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. Walaupun Rayyan masih belum sembuh sepenuhnya kerana mengalami patah tangan, namun  Rayyan dan adiknya Qaqa tetap bersemangat untuk menyokong ibu mereka Rita Rudaini.

 

Kedua-duanya yang segak mengenakan sut hitam mengakui dengan rela hati menemani ibu mereka.

 

"Saya harap mummy dapat anugerah malam ini, " kata Ryyan.

 

Sementara itu, Qaqa turut mengharapkan kemenangan menjadi milik ibunya kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.

 

"Saya harap mummy menang sebab mummy 'the best', memang saya yang tawarkan diri untuk teman mummy malam ini," kata Qaqa.


Rayyan dan Qaqa 


Rita pula yang tampil anggun dengan gaun hitam berkata dia meminta kedua-dua anak tersayang untuk menemaninya.

 

"Saya yang ajak mereka ikut dan mereka berdua sedia menemani saya," katanya.

 

Rita berentap malam ini dengan empat lagi calon finalis iaitu Alya Iman, Amyza Aznan, Puteri Sarah Liyana dan Bella Hanna.




Kredit: Berita Harian




Post a Comment

0 Comments