(VIDEO) Walaupun terbaring di katil hospital, Sharifah Zarina sentiasa mengulang zikir "Labbaikallah Humma Labbaik"

(VIDEO) Walaupun terbaring di katil hospital, Sharifah Zarina sentiasa mengulang zikir "Labbaikallah Humma Labbaik"

 





Perkongsian anak kepada penyanyi Sharifah Zarina iaitu Athalia Deena menjadi perhatian apabila memuat naik video keadaan ibunya selepas menjalani rawatan di sebuah hospital baru-baru ini.


Menerusi video itu, Zarina dilihat masih belum sedar sepenuhnya berikutan kesan sampingan ubat bius yang diberikan selepas menjalani pembedahan.

 


Dalam video itu, Athalia berkata dia tidak menyangka dapat merakam momen tersebut apabila ibunya seolah sedang mengerjakan ibadah tawaf dan mengucapkan bacaan ketika sedang bertawaf.

@officialathalia If it was me, entahlah apa yg akan jadi😂 #fyp #tiktokmalaysia #tiktoksarawak #trend #foryou #40 #40masihmuda #sharifahzarina ♬ Pieces (Solo Piano Version) - Danilo Stankovic

 

Sebelum ini, Sharifah Zarina ada memberitahu dia melakukan pembedahan membuang batu karang di buah pinggang sebelah kanan.

 

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan penyanyi itu sangat beruntung kerana berada dalam keadaan separa sedar namun seperti berada di Tanah Suci.

 


Awal September lalu, Zarina dikejarkan ke hospital akibat penyakit batu karang dalam buah pinggang dan mengakibatkan kedua belah buah pinggangnya membengkak.

 

Kredit: Rotikaya




Post a Comment

0 Comments