Pelakon Salina Saibi yang meninggalkan komen pada satu perkongsian pendedahan pelakon Nur Fazura mengenai punca perceraian dengan bekas suaminya, Fattah Amin menjadi perhatian ramai.
Baca juga: "Fattah bijak, kaum lelaki ambil pengajaran" - Shamsul Ghau Ghau
Baca juga: "Perpisahan memang sakit, jika bahagia kecapilah sebaiknya nikmat itu - Didie Alias
Baca juga: Tak sensitif, menangguk di air keruh - pengurus Fazura
Baca juga: (TERKINI) Emma Maembong sahkan sudah bercerai
Baca juga: Fattah nafi curang, tak sangka Fazura buka aib dan tuduh macam-macam
Menerusi komen tersebut, Salina didakwa meminta aktres berkenaan berhenti membuat pendedahan serta berdiam diri.
“Woi dah la tu. Diamlah,” tulis Salina.
Komen Salina itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju serta meminta Fazura berhenti mengeluarkan kenyataan dan sebaiknya selesaikan dengan bekas suaminya, Fattah Amin.
“Setuju. Diam saja ungkit semua memang tidak guna.
“Apa yang diminta Allah telah kabulkan. Jadi tidak perlu mengungkit nanti hati sendiri yang sakit Fazura.
“Betullah, sudah bercerai jadi tidak perlu lagi ungkit, tidak perlu diperbesarkan. Sebaiknya selesaikan sendiri antara kalian berdua,” antara komen netizen.
Semalam, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
0 Comments