KAMPAR – Semua aktiviti merangkumi riadah
dan sukan air bersifat ‘out door’ di sini dihentikan serta-merta ekoran tragedi
kepala air di Sungai Jahang yang mengorbankan tiga nyawa pegawai Jabatan Kerja
Raya (JKR) petang semalam.
Pegawai Daerah Kampar yang merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Nazrul Fazami Mohamad berkata,
arahan itu terpakai kepada semua pengusaha resort dan tapak perkhemahan
sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
“Antara
aktiviti yang ditangguhkan ialah water rafting dan water tubing serta sebarang
aktiviti membabitkan kawasan sungai di Daerah Kampar,” katanya di sini hari ini.
Media melaporkan tiga pegawai JKR lemas
selepas bot yang mereka naiki menyusuri Sungai Jahang, Gopeng di sini terbalik
akibat kejadian kepala air.
Ketiga-tiga mangsa ialah Jurutera Daerah Seberang Perai
Tengah, Allahyarham Suhaili Mat Saad, 47; Penolong Jurutera Kanan JKR Daerah
Langkawi, Allahyarham Mohamad Khairul Hakim Hamidi, 37 dan Pegawai Khidmat
Pelanggan JKR Daerah Langkawi, Allahyarham Muhammad Ikram Abdul Bari, 29.
0 Comments