Sesetengah individu meluangkan masa untuk berehat dan
menghilangkan stress dengan menonton filem yang digemari di panggung wayang.
Namun lain pula jadinya bila keseronokan tersebut diganggu dengan bunyi bising
daripada kuaci.
Kosmo melaporkan seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas
hati dengan tindakan segelintir pengunjung yang membawa makanan luar ke dalam
panggung wayang.
Video yang dimuat naik di TikTok, insiden tersebut
menyebabkan pengalamannya menonton filem terganggu oleh bunyi makanan yang
dibawa oleh pengunjung berkenaan.
“Mereka buka kuaci. Bunyi dari bungkusan pun sudah ada,
apatah lagi semasa mengunyah kuaci. Bunyi kulit kuaci sangat mengganggu. Saya
sudah bayar, jadi terpaksalah tonton sampai habis,” katanya dalam video
tersebut.
Selain itu, video itu menunjukkan kulit kuaci berkenaan
dibuang terus ke lantai menyebabkan kawasan sekitar menjadi kotor dan
mencemarkan suasana dalam panggung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mengecam
tindakan tersebut.
“Saya tidak tahan dengan orang yang makan kuaci dalam wayang.
Bunyi itu boleh mengundang marah,” ujar Oyenn.
“Agak-agaklah, bising bunyi makan kuaci,” kata seorang lagi
pengguna, Tomato.
Terdapat juga netizen yang berkongsi pengalaman serupa.
“Saya pernah lalui. Bau kuaci memenuhi satu dewan, jadi saya
keluar dan gunakan telefon di luar untuk menghubungi pihak pengurusan supaya
mereka menegur,” kata Amelia H.
“Pernah alami situasi ini! Susah betul nak pastikan dewan
bersih sebelum waktu persembahan. Sebabnya, kulit kuaci bersepah! Memang boleh
naik marah,” tambah Luvyuhanees. -
0 Comments