Allahyarham S Atan sempat tinggalkan "benda berharga" buat seorang penyanyi wanita sebelum meninggal dunia

Allahyarham S Atan sempat tinggalkan "benda berharga" buat seorang penyanyi wanita sebelum meninggal dunia


Kecintaan dan komitmen Allahyarham Datuk S Atan terhadap muzik utuh apabila masih mampu berkarya biarpun dalam keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

 

Adik Allahyarham S Atan, Belle Fatah yang juga seorang penulis lagu terkenal memberitahu, arwah sempat menulis tiga lagu sebelum menghembuskan nafas terakhir, petang semalam.

 

"Saya dan arwah sudah bekerjasama sejak 1979. Banyak lagu dan album hasil kami hasilkan bersama.

 

"Untuk projek kali ini, kami sedang menyiapkan album penyanyi wanita baharu.

 

"Dalam keadaan sakit pun,arwah sempat menyiapkan tiga lagu manakala saya baru selesai dua lagu.

 

"Penyanyi wanita itu nanti cukup bertuah kerana mendapat karya terakhir S Atan," kata Belle ditemui ketika menziarahi arwah abangnya yang meninggal dunia di kediaman komposer legenda itu di sini, semalam.

 

Belle atau nama sebenar, Fatah Hasan Said, 66, berkata projek album itu adalah kolaborasi terakhir mereka selepas lima dekad bergabung menghasilkan pelbagai lagu dan album artis terkenal tanah air.

 

Belle Fatah

Belle mengakui terkejut sebaik menerima perkhabaran abangnya sudah pergi buat selama-lamanya biarpun tahu kesihatan arwah semakin merosot.

 

"Kami selalu berhubung. Cadangnya saya memang hendak jumpa arwah semalam (kelmarin), tetapi tidak sempat," katanya yang juga anak bongsu daripada 13 beradik.

 

Berita pemergian Allahyarham S Atan turut dikongsi Belle di Facebook (FB).

 

"Abang saya, Datuk S Atan baru sahaja meninggalkan kami. Mohon hadiahkan al-Fatihah… Semoga rohnya dicucuri rahmat," tulisnya.




Kredit: Berita Harian

 


Post a Comment

0 Comments