Pemandu wanita dihempap kontena pada kejadian di lampu isyarat Jalan
Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah Rabu lalu sempat menelefon ibunya kira-kira
empat minit sebelum meninggal dunia.
Memetik laporan dari The
Star memetik temu bual yang dibuat oleh China Press terhadap ibu kepada mangsa,
Lee Zi Rou, 21 dikenali sebagai Lim, 42, anaknya meraung mengatakan
kesakitan yang dialami di dalam telefon sebelum situasi menjadi senyap.
Mummy! Sakit sangat!” kata Lim.
Pemandu
wanita dihempap kontena mengerang kesakitan telefon ibu
Selepas pendengar sura
anaknya mengerang kesakitan dia bertanya keberadaan mangsa di mana namun tiada
sebarang jawapan.
Lim merasakan ketika itu
anaknya sudah meninggal dunia.
“Saya dapat rasakan dia telah
meninggal dunia,” katanya
lagi.
Ibu
pemandu wanita dihempap kontena terkejut anak telefon, biasa mesej sahaja
Lim yang berkongsi
berkenaan situasi dialami ketika itu menyatakan yang dia kerap berpesan kepada
anak-anak untuk menghantar sahaja mesej jika ingin memberitahu perkara tidak
penting.
“Jadi, apabila mereka menelefon, sudah
pasti perkara tersebut adalah kecemasan ataupun mustahak.
“Jika mereka telefon, bermakna ada
kecemasan. Jadi apabila Zi Rou telefon, saya berasa takut,” katanya sebak.
Merayu
selamatkan anak, tapi tahu agak mustahil
Susulan daripada itu, Lim
telah meminta anak perempuannya yang lain untuk membawa ke tempat laluan Lee Zi
Rou tiap kali pergi ke tempat kerja sambil mencuba beberapa kali menghubunginya
namun gagal diangkat.
Tidak lama selepas itu,
panggilan telefon yang dibuat telah dijawab oleh seorang lelaki dan memaklumkan
yang anaknya terlibat dalam kemalangan.
Dia yang sampai ke tempat
kejadian sempat merayu untuk membantu menyelamatkan Lee Zi Rou namun perkara
tersebut mustahil kerana keadaan kontena yang cukup berat.
“Tetapi ia agak mustahil. Kontena itu
terlalu berat.
“Anak saya menelefon pada pukul 9.24
pagi dan dia meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi,” katanya.
Difahamkan, pada hari
kejadian iaitu sekitar jam pukul 9.15 pagi Rabu, Zi Rou yang bersendirian
memandu kereta ke tempat kerjanya terkorban selepas kontena yang dibawa sebuah
lori treler terjatuh dan menghempap kenderaannya.
Mangsa ketika itu sedang
menunggu di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah apabila lori
treler yang datang dari arah bertentangan membelok tajam ke kiri.
Kereta yang dipandu mangsa
telah remuk teruk akibat dihempap kontena dan dia disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian.
Beberapa kenderaan lain
turut mengalami kerosakan, dengan seorang lagi pemandu cedera dan dibawa ke
hospital.
Mangsa yang cedera
dikenali sebagai Tan Chou Theng, 25, diselamatkan oleh orang awam sebelum
penyelamat tiba di tempat kejadian.
Sumber: The Star (Arnold
Loh)
0 Comments