Menurut Diva AA, penampilannya sebagai penyanyi Cita Citata
itu adalah pengalaman pertama berpakaian seperti wanita dan dilakukan dalam
sebuah acara tertutup.
Saya tak rasa apa-apa pun sebab ini adalah private show. Saya
dibayar kepok-kepok hanya untuk muncul sebagai Cita Citata. Lagi pun, semuanya
ditaja dari kepala sampai ke kaki- Jelas Azwan.
Diva AA minta netizen, tolong jaga hal sendiri…
Diva AA turut menegaskan agar netizen menjaga hal
masing-masing dan tidak mengganggunya. Baginya, kecaman tidak memberi impak
besar kerana dia kini sibuk dengan pelbagai tawaran private show, IG review,
dan podcast berbayar.
Saya tak berkudis dengan kecaman nerakazen. Tolong jaga kubur
mak bapa sendiri sebelum sibuk pasal saya.- Tambahnya dengan lantang.
Walaupun video penampilan tersebut telah tersebar, Diva AA menjelaskan bahawa ia di luar kawalannya. Apa yang penting, katanya, dia dibayar dan para tetamu di acara tersebut terhibur.
Menjengah ke ruang komen, ramai yang terkejut dengan tindakan Azwan Ali. Ada juga berharap Azwan berubah seperti dulu dan kembali ke jalan yang diredhainya.
0 Comments