Datuk Vida tenang jawab isu hutang lebih RM1 juta

Datuk Vida tenang jawab isu hutang lebih RM1 juta






KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida memohon diberi ruang bagi menyelesaikan isu kediaman dan empat kenderaan mewahnya yang disita selepas gagal melunaskan hutang mencecah lebih RM1 juta.

 

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 53, memaklumkan sudah melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkenaan.

 

"Saya mengambil perkara ini dengan serius dan akan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu yang dibangkitkan.

 

"Saya telah melantik peguam untuk menasihati dan membantu saya dalam menyelesaikan perkara ini dengan cara yang terbaik dan mengikut lunas undang-undang," katanya dalam kenyataan menerusi akaun media sosialnya malam tadi.

 

Hasmiza turut menghargai sokongan semua pihak.

 

Beliau berharap supaya diberi ruang untuk menangani perkara itu dengan tenang dan profesional.

 


Terdahulu media melaporkan, barangan rumah dan empat kenderaan mewah milik Hasmiza di Ipoh, disita selepas gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya.

 

Menurut akhbar berbahasa Inggeris, beliau dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kilangnya di Shah Alam, Selangor, yang dijadikan sebuah studio pada tahun 2018 berjumlah RM1,060,285.

 

Perintah penyitaan dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments