Tanpa kedai yang cantik ataupun serba lengkap dengan peralatan, wanita
ini gigih mencari rezeki sebagai pembuat kek di bengkel kayu yang kelihatan
serba kekurangan.
Namun perkara
tersebut tidak sedikit pun melunturkan semangat atau membuatkan dirinya berasa
malu untuk membantu suami mencari pendapatan tambahan demi membesarkan empat
cahaya mata.
@zaharahresepi #bakeryankphg #anakpekan #fyp ♬ suara asli - pisces👅 - PiscesOren🧡
Sering berkongsi
video membuat kek di bengkel kayunya menerusi aplikasi TikTok, siapa sangka
salah satu video memaparkan dirinya menyiapkan dekorasi kek besar berukuran
8x16 inci menjadi tular sehingga meraih perhatian netizen.
Wanita yang lebih dikenali sebagai Zaharah Resipi dalam kalangan pelanggan
setia dan pengikut di TikTok berkata, dia sama sekali tidak segan
berkongsi video membuat kek di laman sosial meskipun bengkel yang serba
kekurangan menjadi latar belakang.
Membuat kek di bengkel kayu berhadapan rumahnya |
"Selalu kita
tengok video TikTok orang cantik, dekorasi lawa, lengkap. Tapi saya tiada
terikat dengan mana-mana agensi atau badan, jadi semuanya sendirian berhad.
"Semuanya
saya mula dari bawah. Kumpul modal, beli barang dan kelengkapan. Sekarang pun
semuanya buat seorang diri.
"Saya hanya 'baker' kampung,
video macam tu sajalah. Saya hanya ada bengkel kayu depan rumah, tak
secantik studio atau bengkel 'baker' lain. Serba kekurangan dan
tiada air-cond pun.
"Tapi
Alhamdulillah, selepas video kek tiga tema 8x16 inci tu FYP (for you
page), rezeki melimpah. Selain doa dan kata-kata positif, tempahan masuk
pun banyak," ujarnya yang menetap di Pekan, Pahang.
Saya hanya ada bengkel kayu depan rumah, tak secantik studio atau bengkel 'baker' lain. Serba kekurangan dan tiada air-cond pun. – ZAHARAH
Menurut wanita berusia 35 tahun ini
lagi, dia mempunyai pengalaman selama sembilan tahun dalam bidang bakeri, termasuk lima tahun berkecimpung sebagai pembuat kek krim.
"Selama ini
saya dikenali dalam kalangan pelanggan tetap sekitar Pekan dan Kuantan saja.
Tapi selepas video ini viral, makin ramai yang mengenali saya sedangkan
saya baker kampung yang buat kek krim saja.
"Saya anggap
ini rezeki anak-anak... lebih-lebih lagi anak bongsu, Muhammad Rayqal Muhd
Rizal yang berusia 11 bulan mempunyai masalah kesihatan di mana sistem
pemakanannya bermasalah sejak dilahirkan.
"Dia sudah
menjalani satu pembedahan dan dua kali dimasukkan ke wad Pediatric
Intensive Care Unit (PICU). Kos rawatan bukan sikit. Dalam musibah,
rupanya hadir kegembiraan," ujarnya lagi.
Sering diundang untuk jadi penceramah kerana ada sijil bakeri |
Tidak menyangka
videonya meraih perhatian sehingga mencatatkan melebihi 700,000 jumlah
tontonan, Zaharah berkata dia benar-benar terharu dengan sokongan dan doa
daripada rakyat Malaysia buat keluarganya.
"Selain
doakan kesihatan anak, netizen juga mendoakan perniagaan kecil-kecilan saya
maju jaya sehingga mampu membuka sebuah kedai kek.
"Itulah
impian saya, namun saya mahu pastikan anak bongsu sihat sebelum gapai cita-cita
saya," akhirinya.
0 Comments