Zul Ariffin dapat tawaran menjadi pelakon hanya di kedai mamak

Zul Ariffin dapat tawaran menjadi pelakon hanya di kedai mamak


Mendengar kisah macam mana Zul Ariffin bermula menjadi pelakon ni, memang tiba tiba betul!

 

Bayangkan, kau tengah lepak kat kedai mamak dengan kawan kawan kau, tiba tiba ada orang datang dan offer kau jadi pelakon, terkejut tak?

 

Ha, macam tu lah yang jadi pada Zul Ariffin. Masa tu dia tengah lepak kat kedai mamak dengan sorang kawan sekampung dan tengah memikirkan macam mana nak cari duit.

 


Kemudian tanpa disangka sangka, datang sorang brader dan tanya pada Zul, "Dik, nak jadi pelakon tak? Selalu nampak adik kat kedai mamak ni. Tu tanya tu, minat tak jadi pelakon?"

 

Zul masa tu memang terkejutlah bila tiba tiba je ditawarkan jadi berlakon. Kebetulan pula memang dia tengah cari benda nak buat duit. Sekali tawaran berlakon yang datang.

 

Tanpa berfikir panjang, Zul terus setuju terima tawaran berlakon tu. Zul jelah, kawan dia tu tak.


Jadi, brader tu bawa Zul pergi jumpa pengarah dulu sementara kawan Zul tunggu kat kedai mamak lagi. Brader tu kata pengarah nak kena tengok Zul dalam kamera.

 

Pengarah yang nak jumpa Zul tu nama dia Mariana Hashim. Zul diminta berdiri depan kamera dan pengarah pun tengok kat skrin.

 


Selepas beberapa ketika tengok Zul kat skrin, pengarah pun kata, "Ha elok dah ni. Boleh berlakon tak?"

 

Laju Zul jawab, "Eh boleh puan. Boleh, boleh."

 

"Ok. Nanti ada abang uruskan pasal skrip ye dan bagi kat adik," kata pengarah.

 

"Kira dapatlah ye puan?" Tanya Zul lagi.

 

"Ye dik."

 

Masa tu, seronok bukan kepalanglah Zul Ariffin sebab dapat tawaran berlakon yang pertama dalam kariernya sebagai pelakon. Dalam cerita tu, Zul berlakon sebagai seorang doktor. Dikatakan juga wataknya itu sebenarnya menggantikan pelakon Fahrin Ahmad yang sibuk ketika itu.

 

Dengar kisah Zul Ariffin ni yang mana dia tak masuk audition pun untuk berlakon tapi tiba tiba je orang offer berlakon, boleh mengingatkan kita bahawa rezeki itu benar benar milik Allah. Dia boleh bagi bila bila masa Dia nak. Tak cepat, tak lambat. Kita je kena sabar.

 




Asbab kepada rezeki itu juga mungkin kerana Zul dan kawan dia keluar untuk cari kerja. Bila selalu keluar, selalu lepak kat kedai mamak dan ada pula orang perasan Zul selalu lepak situ. Kalau Zul tak keluar cari kerja, mungkin orang tu tak nampaklah Zul.

 

Setiap dari kita sudah ada rezeki masing masing, cuma usaha kita ke arah rezeki tu dialirkan yang kita kena buat. Semoga kita rajin berusaha dan sabar untuk memiliki rezeki yang dah ditentukan untuk kita.

 

Kredit: Norizwan Azlan


Post a Comment

0 Comments