Hampir sebulan bercerai, pelakon Nur Fazura dengan bekas
suaminya, Fattah Amin selesai merekodkan persetujuan berkaitan nafkah idah dan
anak perempuan mereka iaitu Nur Fatima Aisya yang dipersetujui bersama sebelum
ini.
Memetik Kosmo, peguam syarie yang mewakili Fazura iaitu
Fakhrul Azman Abu Hassan berkata urusan tersebut selesai hari ini dan ia
dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
“Ya, urusan rekodkan persetujuan berkaitan idah dan nafkah
anak selesai hari ini. Rekod tersebut adalah seperti yang telah dipersetujui
oleh mereka berdua dalam proses perceraian pada Oktober lalu,” katanya.
Sementara itu Fazura juga difahamkan telah memfailkan
tuntutan berhubung kes hadanah atau hak penjagaan anak terhadap Fattah.
Perbicaraan berkaitan tuntutan tersebut juga dijangka
berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada tarikh yang ditetapkan.
“Tentang hadanah juga telah difailkan dan akan dibicarakan
pada tarikh yang ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Kredit: Kosmo
0 Comments