PETALING JAYA – Seorang isteri mengalami kemurungan melampau
selepas mengetahui suami bersama adik wanita itu curang sehingga sanggup
melakukan perbuatan terkutuk di dalam hotel.
Kisah sedih itu dikongsikan seorang perawat Islam, Hasnan
Rili menerusi hantaran TikTok berhubung wanita tersebut yang mendapatkan
rawatan daripadanya.
“Ipar maut itu wujud. Akak ni kemurungan melampau lepas tahu
suami dia ‘check in’ hotel dengan adik kandung. Bergaduh besar sampai tak
terkawal.
“Ahli keluarga semua susah hati dan sedih. Adik perempuan
lari membawa diri, seminggu akak ni dimasukkan ke wad psikiatri sebab mengamuk
dan nak cederakan diri,” katanya pada hantaran video tersebut.
Hasnan berkata, tindakan lelaki tersebut curang dengan adik
wanita itu sangat menyakitkan hati.
“Sakit mat, kalau laki kau curang dengan adik kandung kau
sendiri. Boleh jadi gila memikirkan nasib kau dan anak-anak.
“Kalau perempuan lain boleh terima lagi, kahwinkan saja kalau
mampu. Ini adik kandung kau sendiri,” katanya.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments