JPJ dah umum akan ada operasi khas selama 2 bulan untuk periksa motorsikal

JPJ dah umum akan ada operasi khas selama 2 bulan untuk periksa motorsikal



PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua bulan bermula hari ini hingga 31 Disember 2024 di seluruh negara.

 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, operasi berkenaan melibatkan penunggang dan pemilik motosikal bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan kaedah-Kaedah di bawahnya.

 

Jelasnya, pelaksanaan Ops Khas Motosikal ini adalah susulan daripada statistik yang membimbangkan dengan peningkatan trend kadar kemalangan dengan kematian secara bulanan.

 

Ini selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kemalangan melibatkan motosikal adalah sebanyak 1,908 atau 70 peratus

 

“Bagi mensasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh sukuan ke-3 dan ke-4 tahun 2024, strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap penunggang dan pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan – peraturan yang sedang berkuat kuasa,”katanya dalam satu kenyataan.

 

Mengulas lanjut, Aedy Fadly berkata, pihak JPJ akan memfokuskan kepada lapan kesalahan utama iaitu tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan motor (LKM) serta tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.

 

Selain itu, ia turut melibatkan kesalahan melanggar isyarat lalu lintas (lampu merah), ubahsuai kenderaan (extreme), tidak memakai topi keledar, lumba haram dan kesalahan lain.


Kredit: KOSMO! ONLINE




Post a Comment

0 Comments