Seorang lelaki berusia 54 tahun dihempap sebatang pokok besar berukuran 250 sentimeter ukur lilit semasa melakukan kerja-kerja pembalakan. Lelaki warganegara Indonesia tersebut maut dihempap sebatang pokok balak di kawasan pembalakan Kampung Hulu Paka.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah
(AMBS), Noor Fadzly@Rudy Md Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan
mengenai kejadian tersebut pada jam 2.34 petang.
"Mangsa dihempap di bahagian kepala dan tersepit di
bahagian kaki telah berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menerusi peralatan
digunakan.
"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan
mayat mangsa kemudiannya diserahkan ppda pihak polis untuk tindakan
selanjutnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Noor Fadzly berkata, pihaknya menghadapi
kesukaran untuk sampai di lokasi kerana faktor jalan dan keadaan cuaca hujan
ketika itu.
Menurutnya, seramai sembilan anggota bomba dari BPP AMBS dan
dua jentera telah dikerahkan ke tempat kejadian.
Kredit: Sinar Harian
0 Comments