Pada 1 November 2014, seorang remaja berusia 16 tahun Ahmad
Rafikin Azman telah menyertai acara marathon di Sekayu Kuala Berang.
Acara bermula dengan baik namun setelah melepasi check point
pertama Rafikin tidak kelihatan lagi di trek dan gagal menamatkan perlumbaan.
Malangnya jasad mangsa ditemui duduk dicelah batu empat hari
kemudian oleh seorang sukarelawan selepas melaungkan azan. Bedah siasat
mengesahkan Rafikin telah meninggal 3 hari sebelum ditemui.
Namun apa yang peliknya, tiada kecederaan serius ditubuh badannya. Spekulasi timbul bahawa arwah mungkin telah dibawa ke alam lain memandangkan kawasan Hutan Sekayu memang terkenal dengan kisah-kisah mistik. Namun hanya tuhan yang lebih mengetahui kebenarannya.
Sama-sama sedekahkan doa dan Al-fatihah kepada arwah Ahmad
Rafikin Azman
0 Comments