Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ke atas Sabah semakin
panas selepas kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Perancis baru-baru ini.
Paul Cohen, peguam utama yang mewakili pihak waris Kesultanan
Sulu, mengejutkan ramai apabila menganggap kemenangan ini sebagai satu
keputusan “makan diri sendiri” bagi Malaysia.
Menurut Cohen, keputusan mahkamah Perancis untuk menolak
rayuan mereka terhadap pembatalan “Final Award” sebanyak hampir USD15 bilion
(sekitar RM71 bilion) dari arbitrator Sepanyol, Dr. Gonzalo Stampa, sebenarnya
membuka ruang baru.
Beliau menyatakan bahawa kliennya kini bebas untuk menyewakan
Sabah kepada negara lain, termasuk China atau Filipina, ujar Cohen dalam satu
emel kepada New Straits Times (NST).
Keputusan yang dikeluarkan oleh Dr. Gonzalo Stampa sepatutnya
memberi pampasan kepada waris untuk menyerahkan “hak” ke atas Sabah dengan
nilai USD15 bilion.
Namun, dengan pembatalan keputusan itu, Cohen mendakwa bahawa
waris Kesultanan Sulu kini bebas bertindak ke atas Sabah, sama ada untuk
menyewakannya kepada negara lain atau mengurus hak mereka tanpa halangan.
Cohen juga mendakwa, setiap keputusan mahkamah dalam kes ini,
termasuk dari Perancis, telah mengakui wujudnya perjanjian sewaan (lease
agreement) Sabah antara waris Sulu dan Malaysia.
Tambahnya lagi, perjanjian ini bergantung kepada pembayaran
tahunan, yang dikatakan gagal dilaksanakan oleh Malaysia.
Cohen menambah, dengan pembatalan keputusan arbitrator itu,
waris Kesultanan Sulu kini bebas untuk menamatkan sewa tersebut dan melakukan
apa yang mereka mahu ke atas Sabah.
Ini termasuk kemungkinan memindahkan sewa tersebut kepada
negara jiran seperti Filipina atau China, yang pastinya akan mencetuskan
ketegangan diplomatik bagi Malaysia.
Namun, kenyataan Cohen segera disangkal oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri
Azalina Othman Said.
Azalina menegaskan bahawa tuntutan waris Kesultanan Sulu
adalah satu “penipuan Sulu” atau “Sulu fraud” yang cuba meruntuhkan kedaulatan
Sabah di bawah Malaysia.
Azalina juga menyarankan Malaysia untuk berwaspada dengan
sebarang percubaan masa depan yang boleh mempersoalkan keputusan mahkamah
Perancis ini.
Kredit; NST, VOCKET
0 Comments