Pemilik restoran terguris hati selepas ada mahu boikot ekoran bagi makan anjing

Pemilik restoran terguris hati selepas ada mahu boikot ekoran bagi makan anjing


Agama mengajar kita untuk berbuat baik tidak kira sesama manusia ataupun binatang. Tetapi ada pula individu yang merasakan ia hanya terhad kepada binatang yang halal sementara anjing sebagai contoh dianggap perlu dibiarkan sahaja.

 

Seorang pemilik restoran meluahkan rasa sedih dengan tohmahan segelintir individu yang tidak suka dia memberi makanan kepada anjing liar bahkan sedia memboikot restorannya.

 

“Ok guys ada yang mesej dekat sayalah dan kutuk-kutuk kerana memberi makan kepada haiwan ini. Ini mahluk Allah, saya sebagai pencinta haiwan, saya memang tak boleh lari tidak bagi makan kepada mereka,” kongsinya.

 


Sebagai pecinta haiwan, dia berpendapat semua haiwan perlu mendapatkan kebajikan yang sama rata. Malah, dia juga menegaskan memang suka mengambil  video kerana memang minatnya dan bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan yang diberikan kepada haiwan di luar sana.

 

Selain restoran makanan, dia turut mendedahkan memiliki kedai yang menjual produk haiwan sekaligus membuatkan jiwanya sentiasa dekat dengan haiwan secara semula jadi.

 

Lebih teruk lagi, ada yang sanggup menghantar mesej berbaur kebencian dan ancam untuk memboikot kepada pemilik restoran berkenaan.

 

“Janganlah you punya mesej sampai you memburukkan saya, kedai restoran salai star. You cakap kami akan boikot sebab you bagi makan anjing yang haram. Tak baiklah macam tu”, luahnya dengan nada yang sedih.

 

Segalan kecaman yang dilontarkan sedikit sebanyak telah mengguriskan hati nuraninya yang mana sangat ikhlas membantu haiwan jalanan termasuklah anjing, monyet, burung atau kucing.

 

Tidak hanya memberi makan, dia turut sedia merawat haiwan-haiwan yang mengalami kecederaan sehinggalah sembuh dengan wang titik peluhnya sendiri.

 


Malah sebarang lebihan makanan di restoran akan diberikan kepada haiwan jalanan dan tidak dibuang sewenang-wenangnya kerana dianggap sebagai satu pembaziran.

 

Di dalam video, boleh dilihat dia sedang memberi makanan kepada seekor anjing liar namun tampak jinak mungkin kerana sering kali bertemu dengan pemilik restoran baik hati itu.

@salaistar Bukan saja2 bagi anjing makan. Dia pun makhluk allah jugak. Perlukan pembelaan. Just bagi makan je. #salaisalailomaklomakbakobako #salaistar #fyp #foryou #joho #anjing #animallover ♬ original sound - SalaiStar

 

Dia juga menasihati segelintir individu yang berfikiran negatif untuk membuat refleksi kendiri kerana setiap perbuatan yang baik sudah semestinya akan diberi ganjaran pahala oleh Sang Pencipta.


Kredit: Vocket

 


Post a Comment

0 Comments