Riak wajah
Fatima dan Fattah terlihat gembira ketika bersama.
Luahan pelakon
Fattah Amin terhadap anaknya iaitu Nur Fatima Aisya sebaik sahaja mencapai kata
sepakat hak penjagaan bersama bekas isterinya, Nur Fazura Sharifuddin menyentuh
hati peminat.
Menerusi hantaran terbaharu yang
dimuat naik di Instagram, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menyifatkan
kehadiran Fatima sebagai sesuatu yang sangat berharga.
"Fatima, daddy (panggilan Fattah)
tahu Fatima suka daddy dukung. Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun
sudah besar.
Antara moment yang dikongsikan Fattah bersama Fatima. |
"Sebab awak sentiasa menjadi anak
yang berharga," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, dapat dilihat
Fattah dan Fatima saling berpegangan tangan ketika berjalan di sebuah pusat
beli belah.
Malah Fatima juga dilihat meminta
dirinya didukung Fattah selepas penat berjalan.
Sebelum ini, Fattah menyerahkan hak
penjagaan penuh kepada Fazura selain menerima hak lawatan tiga kali seminggu
serta bermalam sebanyak dua kali sebulan.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura
mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sah bercerai pada 7 Oktober
lepas.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan
seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.
0 Comments