Pelakon veteran Mak Engku kini dalam keadaan stabil
selepas menjalani pembedahan mengambil tulang sum-sum beberapa hari lalu.
Mak Engku atau nama sebenarnya Ku Faridah Ku Shafie
kberada dalam keadaan lemah namun tetap cuba mengukir
senyum melawan kesakitan.
"Tiba masa emak berehat. Sebelum ini leka bekerja,
jadi Tuhan mahu emak berehat," ringkas kata-katanya menyapa tetamu yang
menziarah.
Tambah Mak Engku, kesakitan yang ditanggungnya ketika
ini dianggap sebagai sebahagian daripada ujian hidup.
"Saya anggap ini semua ujian dari Tuhan buat saya
supaya ingat pada-Nya. Mungkin sebelum ini saya alpa.
"Ini semua tanda supaya ingat dosa-dosa saya. Saya
anggap ini semua asbab nak hapuskan dosa-dosa saya selama ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Mak Engku kini masih
bergantung kepada ubat tahan sakit selepas pembedahan terbabit.
"Selepas jalani proses tulang sum-sum, dari
tengkuk sampai kebawah semua sakit-sakit... bisa macam nak pecah.
"Sebab itu doktor bagi ubat tahan sakit, kalau
tidak, saya nak tidur pun tak boleh. Terlalu sakit.
"Dekat dada ni pun sakit sangat macam ada
menyucuk-nyucuk. Tak tahan rasanya," kongsi Mak Engku sayu.
Mak Ungku yang telah 16 hari dirawat di Hospital Sungai
Buloh sehingga hari ini masih menunggu keputusan hasil ujian makmal.
Katanya dia reda dengan apa jua keputusan dan sebarang
penyakit yang bakal dihadapi.
"Saya berlapang dada Insya-Allah, apa pun
keputusan doktor nanti saya terima.
"Tetapi tadi doktor ada beritahu yang saya akan
sihat, saya juga dinasihatkan jangan terlalu banyak berfikir," katanya.
Mak Engku dimasukkan ke dalam wad akibat keretakan pada tulang leher kerana terjatuh ketika di bilik air.
Dalam pada itu Mak Ungku berkata, sepanjang menerima
rawatan di hospital ketiga-tiga anak menjaganya secara bergilir-gilir.
Rakan-rakan artis turut meluangkan masa melawat mak Engku.
Kredit: AstroGempak
0 Comments