Sekadar 'gimik" konten saja, Fattah Amin tak dapat Lamborghini daripada syarikat terbabit

Sekadar 'gimik" konten saja, Fattah Amin tak dapat Lamborghini daripada syarikat terbabit

 



Beberapa hari lalu tular video menunjukkan Fattah Amin menerima semua Lamborghini Huracán daripada pengusaha sebuah kedai emas.

 

Ramai berasa gembira dan bersyukur kerana Fattah menerima hadiah kereta selepas isu perceraiannya dengan isteri antara lain melibatkan isu kereta yang kononnya bukan miliknya.


Namun, pengurus kepada pelakon itu, Sakirin Acha tampil mendedahkan kereta mewah berwarna ungu itu cumalah sebahagian prop untuk kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.


@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs ♬ original sound - ALL FEND STUDIO

 

“Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.

 

Tambahnya lagi, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak sudah salah faham dengan video yang tular.

 

“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu daripada pihak berkenaan,” katanya.


Kredit: Vocket

 




Post a Comment

0 Comments