Beberapa hari lalu tular video menunjukkan Fattah Amin
menerima semua Lamborghini Huracán daripada pengusaha sebuah kedai emas.
Ramai berasa gembira dan bersyukur kerana Fattah
menerima hadiah kereta selepas isu perceraiannya dengan isteri antara lain
melibatkan isu kereta yang kononnya bukan miliknya.
Namun, pengurus kepada pelakon itu, Sakirin Acha tampil
mendedahkan kereta mewah berwarna ungu itu cumalah sebahagian prop untuk
kandungan video kedai emas milik pengusaha itu.
@allfendstudio Rezeki fattah amin bersama kedai emas ni bagi fattah rezeki yang luas, Sentiasa ade jobkan… @KEDAI EMAS SYAMSUL #allfendstudio #afs ♬ original sound - ALL FEND STUDIO
“Saya ingin menegaskan Fattah tidak menerima kereta
Lamborghini seperti yang diperkatakan. Kereta itu adalah sebahagian daripada
prop untuk sesi penggambaran video kandungan syarikat terbabit,” katanya.
Tambahnya lagi, Acha memohon maaf sekiranya ramai pihak sudah
salah faham dengan video yang tular.
“Saya mohon maaf tapi Fattah tidak menerima kereta itu
daripada pihak berkenaan,” katanya.
Kredit: Vocket
0 Comments