Sudah cukup!! Tommy Mawat mahu ambil tindakan kerana menghina Dayak

Sudah cukup!! Tommy Mawat mahu ambil tindakan kerana menghina Dayak



Pemain pertahanan Perak, Tommy Mawat mempertimbangkan untuk mengambil tindakan selepas beliau terus diserang oleh individu tidak bertanggungkawab yang menyentuh isu perkauman.


Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Tommy menunjukkan masih ada individu kolot yang memainkan sentimen kaum dengan menghina kaum Dayak.




Kecewa dengan caci maki dan hinaan yang dilontarkan terhadapnya, Tommy memberi bayangan beliau mahu mengambil tindakan terhadap individu tersebut.


“Ini bukan tentang saya dan AA (Arif Aiman). Ini tentang orang yang suka memainkan sentimen perkauman. Saya tidak mencari simpati tetapi mereka sangat tidak menghormati orang lain. Saya harap anda gembira dengan hidup anda selepas berkata seperti ini.


“Anda layan kami seperti sampah. Kerana apa? Kerana tidak terjadi kepada anda. Anda boleh mengkritik apa saja, tidak perlu menyentuh mengenai isu kaum.


“Anda bukan saja bercakap kepada saya, tetapi orang Dayak lain di luar sana. Jangan ingat anda boleh terlepas dari perkara ini. Bukan nak riak tetapi adab kena ada.



“Dalam bola sepak ada pelbagai kaum dalam sukan ini. Tapi kau hina aku dan bangsa aku sekali. Patutkah saya mengambil tindakan atas isu ini?,” kata Tommy Mawat.



Tommy Mawat menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air selepas terlibat dalam satu pergaduhan dengan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman ketika pertemuan antara kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Super baru-baru ini.



Timbalan Presiden FAM, Dato’ S. Sivasundaram yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM berkata, kedua-dua pemain tersebut tetap boleh dikenakan hukuman atau tindakan lanjut biarpun mereka hanya dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.



“Kita akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut mengenai insiden ini.

Post a Comment

0 Comments