Syura sebak melihat penderitaan suami

Syura sebak melihat penderitaan suami


Biarpun hampir seluruh anggota badan dibalut akibat melecur teruk, suami penyanyi Syura Badron, iaitu Muhammad Farizat masih memikirkan soal mencari rezeki buat keluarga.

 

Syura yang tidak sanggup melihat penderitaan terpaksa ditanggung suaminya itu, meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan insan yang cukup bertanggungjawab.

 

"Beruntungnya saya sebagai isteri. Walaupun suami sedang dalam kesakitan, dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami.

 

"Tidak pernah lupa bertanya mengenai kakitangan yang sedang bekerja di Perak untuk sebuah acara festival makanan.


"Setiap hari dia tanya jualan perniagaan, kakitangan dan stok," katanya.

 

Farizat yang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Sunway, Selangor sudah memasuki hari kelima di hospital berkenaan.

 

Biarpun Farizat kelihatan kuat menerusi beberapa hantaran video yang dikongsikan Syura di media sosial, namun, melihat penderitaan Farizat berada dalam keadaan berbalut pada bahagian muka, tangan dan kaki, membuatkan penyanyi itu begitu hiba.




Sentiasa berada di sisi suaminya, Syura mendoakan agar Farizat sembuh segera.


"Apa yang penting awak sihat sepenuhnya dan kita boleh sama-sama berniaga macam dahulu," katanya.


Terdahulu, Syura dalam temu bual memberitahu suaminya melecur teruk akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis, baru-baru ini, dan menerima rawatan di sebuah pusat perubatan, sejak Ahad lalu.



 

Syura berkata, kejadian itu menyebabkan anggota tubuh badan suaminya itu terbakar tahap kedua.


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments