"Terima kasih Jofliam" - Dewi letak jawatan sebagai PA Jofliam

"Terima kasih Jofliam" - Dewi letak jawatan sebagai PA Jofliam


Wanita yang didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan pempengaruh Cik Epal dan Jofliam iaitu Dewi buat keputusan untuk letak jawatan sebagai pembantu peribadi usahawan tersebut.

 

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati Dewi di laman Instagram, pengumuman mengejut itu diambil kerana mahu fokus sepenuhnya terhadap perniagaan sendiri.

 

Keputusan untuk letak jawatan

Susulan itu, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya Jofliam yang telah memberi peluang bekerja di bawah syarikatnya.

 

“Saya membuat keputusan untuk letak jawatan daripada pizza wagyu Jofliam memandangkan mahu fokus kepada bisnes.


“Terima kasih di atas segala pengalaman dan peluang untuk bekerja bersama top 100 Best Pizza Chef di dunia. Saya mendoakan pizza wahgyu Jofliam terus berjaya dalam industri.


“Terima kasih kepada Jofliam,” katanya.



Meninjau ke ruang komen ramai netizen meninggalkan komen agak 'peda' kepada Dewi



Terdahulu, nama Dewi menjadi bualan hangat ramai apabila dia dituduh menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keruntuhan mahligai pasangan tersebut.

 

Keadaan bertambah buruk apabila wanita terbabit menggunakan beg tangan bernilai RM12,000 milik Cik Epal tanpa izin dan pempengaruh itu laporan boleh telah dibuat susulan kejadian tersebut.

 

Konflik antara Dewi dan Cik Epal masih berlarutan apabila pempengaruh itu mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut permohonan maaf serta ganti rugi sebanyak RM1 juta terhadap Dewi.

 

Terdahulu, Cik Epal mengesahkan dia sudah bercerai dengan Jofliam selepas 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.


 

Kredit: Instagram @Emiradelyati, Ohmymedia


Post a Comment

0 Comments