"Tiada Siti, tiadalah saya" - Aina Abdul bangga kemenangan Siti sebagai sumber inspirasi

"Tiada Siti, tiadalah saya" - Aina Abdul bangga kemenangan Siti sebagai sumber inspirasi

 

 


Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa bangga atas penganugerahan Biduanita Negara ke atas penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Selayaknya terima anugerah




Bercakap kepada wartawan, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, menyifatkan Siti Nurhaliza adalah figura yang layak menerima penganugerahan tersebut.

 

“Tahniah kepada penyanyi kesayangan kita semua, Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana mendapat anugerah Biduanita Negara Ke-3.

 

“Siti memang layak menerima anugerah tersebut, siapa lagi kan. Beliau adalah idola kita daripada kecil. Tak ada beliau, tak ada juga kita.


“Saya sangat gembira untuk beliau dan jasa beliau melangkaui segalanya. Jadi kepada Siti, enjoy kemenangan ini dan sebab anda memang layak atas segala usaha selama ini,” ujarnya.

 

Kongsi Aina lagi, dia menganggap pelantun lagu Biarlah Rahsia itu adalah sumber inspirasi kepadanya dan semua penggiat seni tanah air.

 

“Beliau sebenarnya melebihi daripada inspirasi dan beliau adalah figura yang sentiasa ada di hati saya.

 

“Ibu saya adalah sebab saya kenal beliau. Waktu saya kecil, selepas saya balik sekolah, ibu saya akan buka televisyen (TV) dan mainkan lagu-lagu Siti,” kongsinya.

 


Terdahulu, Siti menerima Anugerah Khas Biduan Negara yang mengktirafnya sebagai Biduanita Negara sempena AS2024, pada Rabu.

 

Lebih bermakna, Siti yang kini mengabdikan diri selama hampir 30 tahun dalam persada muzik tanah air dan antarabangsa itu turut melancarkan lagu baharu berjudul Sejarah.

 

Kredit: AstroGempak


Post a Comment

0 Comments