Ular sawa 100kg ditangkap selepas membaham beruk

Ular sawa 100kg ditangkap selepas membaham beruk

 




Penduduk Kg Banggol Sik Dalam, gempar dengan penemuan reptilia iaitu seekor ular sawa sepanjang 6m dan berat 100kg pagi tadi dipercayai kekenyangan selepas membaham beruk peliharaan penduduk.

 

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik bersama empat anggota LLP respond kes berkenaan dan mendapati reptilia tersebut sudahpun dijerut pemilik beruk tersebut.

 


Reptilia berkenaan dibawa pulang ke PKOD Sik sebelum diserahkan kepada pihak PERHILITAN. Jika anda diserang reptilia seperti ini, sila maklumkan kepada anggota terlatih untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini.




Post a Comment

0 Comments