Viral 'anak kelate' raih pendapatan RM2.25 juta setahun jual nasi kerabu di London

Viral 'anak kelate' raih pendapatan RM2.25 juta setahun jual nasi kerabu di London

 



Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian budaya dan kaum


Ini amat memberikan tarikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia. Selain itu, Malaysia juga terkenal dengan 'syurga makanan'.



Setiap negeri di Malaysia mempunyai juadah yang berbeza dan mempunyai citarasa dan keunikan sendiri. Sebab itu tidak hairan jika ada pelancong luar yang gemar akan makanan Malaysia.



Namun, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan sebuah keluarga di London yang menjual nasi kerabu di sana telah meraih perhatian ramai.



Tawarkan rasa masakan asli Kelantan


Menerusi video dari @christhechindian, kelihatan dia telah menemu bual peniaga yang menjalankan bisnes jualan makanan di Victoria Park, London.



Dapat dilihat kedai makan yang bernama 'Eat Lah' ini beroperasi kecil-kecilan di kawasan berkenaan. Apa yang menariknya, keluarga itu menjual makanan asli dari Kelantan iaitu nasi kerabu.



Ditanya mengenai pendapatan yang diraih setahun, peniaga itu menjawab dia boleh memperoleh $400,000 bersamaan dengan RM2.25 juta.



Difahamkan, lelaki Cina berkenaan adalah kelahiran British yang kemudiannya berkahwin dengan wanita rakyat Malaysia dari Kelantan.



Dia yang sebelum ini merupakan seorang arkitek memutuskan untuk meneruskan minatnya dalam bidang masakan. Bisnesnya itu juga mendapat sokongan daripada isteri dan ahli keluarganya yang lain.

 

Lihat video di bawah:


@christhechindian “Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london ♬ original sound - Chris MJ

Post a Comment

0 Comments