Enggan membiarkan
netizen terus berspekulasi, seorang individu bernama Ziela Rashid akhirnya
mendedahkan identiti pelakon wanita yang didakwa enggan melunaskan hutang
sebanyak RM208,000 ialah Aida Aris.
Mahu semuanya jelas, Ziela berharap pembongkaran tersebut
menjawab persoalan masyarakat mengenai siapa sebenarnya pelakon yang
dimaksudkan dalam sesi wawancara program Melodi beberapa minggu lalu.
“Hai semua, saya dengan ini ingin menyatakan pelakon yang
saya maksudkan sewaktu temu bual bersama Melodi baru-baru ini adalah Aida Aris.
“Semoga dengan penerangan ini tiada lagi teka-teki siapa
pelakon yang saya maksudkan itu,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Ziela turut menggesa Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida
Mat Aris, 52, untuk segera melangsaikan hutang yang telah tertunggak selama
empat tahun.
“Untuk Aida, sila bayar hutang kami secepat mungkin kerana
sudah terlalu lama, empat tahun.
“Tolong berurusan dengan pihak insolvensi. Itu sahaja
penerangan daripada saya bagi mereka yang masih tertanya-tanya berkenaan video
viral temu bual bersama Melodi. Terima kasih,” ujarnya.
Usaha wartawan untuk mendapatkan kenyataan dan
pengesahan daripada pelakon drama Projek: High Council itu tidak berjaya
apabila panggilan serta mesej tidak berbalas.
Sebelum ini, Ziela pernah membuat pendedahan dalam program
hiburan hiburan mengenai bekas kakak iparnya yang juga seorang pelakon enggan
membayar hutang.
Ziela tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis
itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang sebanyak RM208,745.59
yang melibatkan dirinya dan suami.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments