Walau bagaimanapun,
niat wanita yang mahu mencari saksi kejadian cermin keretanya yang pecah
dipersoal netizen yang menganggap perbuatannya yang double park sebagai satu
balasan.
Parkir Berganda atau Double Park merupakan budaya yang biasa
di Malaysia lebih-lebih lagi di kawasan yang terhad jumlah parkirnya.
Kebiasaannya, kebanyakan pemandu akan menurunkan brek tangan
atau meninggalkan maklumat seperti nombor telefon bagi memudahkan orang lain.
Namun kadangkala, tindakan double park ini boleh menguji
kesabaran terutama buat mereka yang sedang menghadapi kecemasan dan perlu
keluarkan kenderaan dengan kadar segera.
Ada yang boleh bersabar dan menunggu pemandu kenderaan double
park itu namun ada juga yang tidak dapat menahan sabar hingga boleh melakukan
sesuatu di luar jangkaan.
Cermin Kereta Pecah & Kereta Kemek Kerana Double Park
Gara-gara double park, seorang pemandu wanita menerima padah
apabila cermin dan kenderaannya kemek akibat perbuatannya itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di kumpulan Facebook
Komuniti Bisnes Bdr Teknologi Kajang/Semenyih/Bangi/Nilai, pengguna yang
dikenali sebagai Nadia telah memuat naik gambar keretanya yang rosak.
Melalui hantaran tersebut, dia mengakui salahnya sendiri yang
menghalang orang lain hingga menyebabkan cermin keretanya pecah dan kemek di
bahagian pintu.
“Nak minta tolong jasa baik daripada anda. Untuk makluman,
cermin kereta saya kena pecah dan kemik disebabkan saya blocking (halang)
kereta orang. Saya admit (mengaku) saya salah,” tulisnya di hantaran tersebut.
Cari Saksi & Rakaman Kamera Papan Pemuka Kejadian
Apa yang menjadi perhatian adalah pengguna berkenaan mahu
mencari saksi serta rakaman kamera papan pemuka (dashcam) dalam kejadian yang
berlaku di Hospital Kajang.
Malah, dia juga turut menyertakan nombor telefon bagi
individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan.
“Nak tanya, sesiapa yang berada di Hospital Kajang dan ada
parking kereta di dalam hospital (berhadapan hotel rhr pada 11/11/2024 jam
lebih kurang 1pm-3pm), nak minta jasa baik yang mana nampak kejadian pada
tarikh dan waktu tersebut untuk menjadi saksi dan jika ada rakaman dashcam dari
kereta yang ada parking situ adalah lagi baik.
“Nak minta jasa baik minta tolong untuk maklum pada saya. Ini
nombor saya 017-*******. Terima kasih banyak-banyak. Moga-moga Allah balas jasa
baik anda semua,” tulisnya.
Ramai Persoal Tindakan Wanita Mahu Cari Saksi
Walau bagaimanapun, niat wanita itu yang mahu mencari saksi
kejadian dipersoal netizen.
Ini kerana ramai menganggap perbuatannya itu sebagai balasan
kepada pengguna berkenaan yang menghalang kenderaan lain.
Apatah lagi, sebelum ini pernah tular di media sosial video
sebuah kereta Proton Preve berwarna merah double park dan menghalang laluan.
Melalui video tular itu, pemilik video mendakwa dia terpaksa
menunggu hampir 30 minit walaupun telah menelefon pemandu Proton Preve yang
bernama Nadia. Double park dlm hospital. Menunggu lebih 30min. Call berpuluh kali tak angkat. Baik xpayah tinggal phone number. Camsyial perangai.. Lebih menarik perhatian, nombor telefon dalam video yang
tular itu juga sama seperti hantaran di kumpulan Facebook berkenaan. Meninjau ke ruang komen masing-masing mengharap owner kereta jadikan sebagai pengajaran. Kredit: BuzzKini
(Cp)
Kredit owner 🎥 pic.twitter.com/LdVQm9iKnE
0 Comments